Lonjakan GBP/JPY Kembali Uji Paras Tumpuan Pada 137.200

409

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga telah menunjukkan kenaikan sejak semalam selepas perkembangan positif rundingan dagang AS-China kembali menyebabkan dagangan Yen melemah.

Komen positif oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin nyata meredakan risiko dalam pasaran dan kembali meningkatkan semula keyakinan para pelabur terhadap aset berisiko dan memberikan pulangan tinggi. Situasi tersebut menyebabkan pelabur mula melepaskan dagangan Yen sebelum ini dengan jangkaan rundingan dagang yang sukar mencapai kesepakatan oleh kedua-dua pihak.

Walaupun dagangan Sterling masih dikategorikan sebagai berisiko ekoran ketidaktentuan politik di Britain, harga pada carta GBP/JPY kekal melonjak disebabkan kejatuhan ketara nilai matawang Yen.

Kenaikan ketara ditunjukkan pada sesi pasaran Eropah semalam apabila harga mula melonjak dari paras Magic Pivot dan melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Kenaikan harga diteruskan lagi pada dagangan hari ini di mana harga dilihat menguji paras resistance 137.129 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang berada pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon SBR tersebut, kenaikan tertinggi harian dijangka mampu mencapai ke paras resistance 138.179 (MagicR3) dengan tambahan 100 pips lagi pergerakan harga.

Paras ketinggian tersebut juga telah diuji beberapa kali pada dagangan Jun namun harga gagal melepasi kenaikan ke paras lebih tinggi.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula dan melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga adalah pada support 136.079 (MagicS1).

Penurunan seterusnya bakal menguji semula paras terendah semasa harga yang dicecah pada minggu lalu di sekitar paras support 135.432 (MagicS2) dengan mencatatkan sehingga 170 pips penurunan ke paras ini.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 136.079, 135.432, 135.029.

Paras resistance: 137.129, 137.532, 138.179.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat