Lonjakan GBP/USD Gagal Tembusi $1.2500, Harga Terjun 160 Pips

199

Pound Sterling gagal mengekalkan momentum lonjakan nilainya pada dagangan Rabu semalam selepas reaksi suram pelabur susulan data inflasi UK diterbitkan di sesi Eropah.

Bacaan indeks harga pengguna UK melonjak ke paras 9.0%, merekodkan inflasi tertinggi 40 tahun iaitu sejak 1982.

Jangkaan pelabur untuk menyaksikan Pound mengukuh meleset apabila penurunan nilai yang berlaku di sesi Eropah terus bersambung sehingga ke penghujung sesi New York.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah menunjukkan corak penurunan semula semalam ekoran penyusutan Pound sementara US dolar pula kembali mendapat rentak pengukuhannya dalam perubahan suasana pasaran yang kembali berisiko.

Jika diimbas semula, harga telah paparkan lonjakan bertenaga sejak awal minggu sehingga mencapai paras ketinggian 1.2500.

Namun paras tersebut menjadi rintangan buat harga apabila harga kembali menjunam semula dari paras tersebut semalam menembusi zon tumpuan 1.24000.

Harga yang mencecah paras sekitar 1.2330 di penghujung sesi New York turut memberi isyarat pergerakan bearish semula dengan susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Penurunan lanjut harga akan dijangkakan untuk menuju ke zon tumpuan seterusnya sekitar 1.2300-1.2280 sebelum menyambung penurunan ke zon support minggu lalu sekitar 1.2160.

Namun jika lonjakan harga berjaya dicetuskan semula pada dagangan penghujung minggu ini, paras rintangan pada ketinggian 1.2500 bakal diuji sekali lagi.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dilihat akan menuju ke zon rintangan 1.2600 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Mei lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat