Lonjakan Harga BTC Jadi Tanda Tanya! Pegawai A.S Dalam Rancangan Selamatkan First Republic Bank!

839

Pasaran kripto global sedang bersiap sedia berhadapan satu peristiwa yang berisiko apabila satu lagi bank berpangkalan di A.S. sedang menanti bantuan daripada kerajaan kerana kekhuatiran akan keruntuhan perbankan yang menggerikan.Bitcoin (BTC), kripto terbesar di dunia mencatatkan lonjakan kerana para pelabur mencari langkah selamat dalam pelaburan mereka.

Berdasarkan laporan terbaru, pegawai A.S. sedang dalam rundingan segera untuk menyelamatkan First Republic Bank ketika ia menghampiri kemerosotan. Perkembangan ini berlaku apabila percubaan syarikat sektor swasta yang diketuai oleh penasihat bank tidak dapat memecahkan perjanjian.

Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC), Jabatan Perbendaharaan dan Rizab Persekutuan dilaporkan merupakan agensi yang mengetuai rundingan untuk menyelamatkan syarikat kewangan tersebut sejak beberapa hari lalu.Ia menambah bahawa usaha kerajaan membantu mendapatkan lebih banyak pihak termasuk bank dan beberapa firma ekuiti.

Saham First Republic Bank (NYSE: FRC) mencatatkan lonjakan dalam pra-pasaran selepas laporan kemungkinan penyelamatan yang diketuai oleh pegawai A.S. tercetus. Harga sahamnya melonjak lebih daripada 6% sebelum pasaran. Harganya berada pada sekitar $6.19. Walau bagaimanapun, harga Saham First Republic Bank telah turun sebanyak 50% dalam tempoh 5 hari yang lalu.

Bitcoin membuat pulangan besar apabila bank seperti Silicon Valley Bank (SVB) dan Silvergate runtuh. Harga Bitcoin naik sebanyak 25% sepanjang 60 hari yang lalu. Paras pasaran BTC yang berjumlah kira-kira $385 bilion pada 10 Mac 2023, terus memuncak pada $594 bilion pada 14 April 2023.

Harga BTC setakat ini didagangkan pada paras dagangan $28,993.98 sejak penulisan. Pemain pasaran kekal beri perhatian pada sentimen eknomi yang berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat