Lonjakan Harga Komoditi Jejas Kaunter Berikut

148

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) muncul sebagai kaunter paling rugi hari ini selepas lonjakan harga komoditi dilihat berpotensi mempengaruhi marginnya.

Ketika sesi dagangan berehat tengah hari, saham F&N susut sebanyak RM1.02 atau 3.54% kepada RM27.78 dengan 161,800 saham diniagakan.

Menerusi nota bertarikh 6 Mei lalu, CGS-CIMB berkata F&N kekal berhati-hati terhadap kenaikan harga komoditi baru-baru ini, yang dijangka akan melonjak pada masa akan datang.

Tambah CGS-CIMB, F&N tidak menolak kemungkinan menaikkan harga jualan bagi produk yang terpilih untuk melepasi harga komoditi yang tinggi.

“Walaupun begitu, kami percaya sebarang kenaikan harga akan terbatas pada kuantum satu digit kerana F&N perlu memastikan produknya berada pada kadar harga mampu milik untuk keseluruhan pasaran,” kata firma tersebut.

CGS-CIMB mengekalkan saranan ‘hold’ terhadap F&N dengan harga sasaran RM31.60.

Dalam pada itu, UOB KayHian menerusi nota bertarikh 5 Mei lalu, menjangkakan margin F&N berada di bawah tekanan berikutan harga komoditi kekal meningkat.

Firma berkenaan turut mengekalkan saranan ‘hold’ untuk saham F&N dan meningkatkan harga sasaran kepada RM32 berbanding RM31.80 sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat