Lonjakan Harga Minyak Boleh Jadi Masalah Buat The Fed?

418

Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat, sebelum ini telah memberi isyarat bahawa ia akan mengekalkan kadar faedah hampir sifar hingga sekurang-kurangnya tahun 2023 untuk membantu pemulihan ekonomi, selain turut meneruskan pembelian bon secara besar-besaran sehingga melihat kemajuan untuk mencapai sasaran pekerjaan dan inflasi.

Namun, kenaikan harga minyak mentah sekarang ini yang telah kembali ke tahap sebelum pandemik coronavirus bermula, mungkin boleh menyebabkan Fed mengubah pendiriannya terhadap dasar monetari semasa.

Hal ini kerana, kebiasaanya peningkatan harga minyak mentah akan mendorong meningkatkan jangkaan terhadap kadar inflasi.

Malah, dengan situasi sekarang di mana Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mengurangkan pengeluaran dan pembukaan semula ekonomi disebabkan prospek pelancaran vaksin yang meningkat akan mendorong permintaan minyak melonjak lebih tinggi.

Sebelum ini, bank pusat telah menetapkan perubahan pada sasaran inflasi yang memberikan lebih banyak fleksibiliti dan membolehkan Fed mengekalkan kadar faedah lebih rendah untuk jangka masa panjang bagi merangsang pertumbuhan untuk membantu mengatasi pengangguran.

Ia juga bermaksud bahawa pembuat dasar Fed selepas ini berkemungkinan tidak akan meningkatkan kadar faedah walaupun kadar inflasi bertumbuh di atas sasaran 2%.

Persoalannya, sejauh manakah Fed akan membiarkan kadar inflasinya meningkat?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat