Lonjakan Harga Minyak Mentah Terus Pacu USD/CAD Terperosok Ke Dasar Lebih Rendah

257

Meskipun sentimen berisiko terus membelenggu pasaran, matawang USD tampaknya masih lagi tidak berupaya untuk mendapatkan rentak pengukuhannya menuju ke penghujung sesi dagangan minggu ini.

Sementara, lonjakan harga minyak mentah yang mencapai paras tertinggi tahunan dek kerana kejatuhan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) serba sedikit telah memacu pengukuhan ketara dolar Kanada.

Pelabur dilihat optimis terhadap bacaan data CPI indeks harga pengguna Kanada yang diterbitkan menguat bakal menjadi antara faktor yang boleh mendorong keputusan Bank of Canada (BOC) untuk meningkatkan kadar faedah.

Menilai kepada carta pergerakan matawang USD/CAD, harga telah memaparkan rentak penurunan sejak penghujung September serta memberi isyarat pergerakan Loonie yang lebih mantap berbanding USD.

Trend penurunan harga turut dapat disaksikan telah mempersembahkan junaman dari paras ketinggian sekitar 1.29000 yang dicapai pada 20 September ke paras 1.23000 setakat dagangan hari ini (Khamis).

Namun pada awal sesi Eropah hari ini, harga sedikit meningkat semula tetapi masih terhalang oleh paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk mengekalkan trend bearish.

Jika trend bearish harga masih dikekalkan, pergerakan harga berkemungkinan akan menembusi zon sokongan 1.23000 untuk menuju ke zon sokongan yang lebih rendah pada paras sekitar 1.22000.

Penurunan ke zon sokongan 1.22000 tersebut juga bakal mencatatkan paras terendah terbaharu 4 bulan yang terakhir kali dicapai pada sesi dagangan Jun.

Sekiranya harga berjaya kembali memperoleh momentum lonjakan yang agresif untuk isyarat awal perubahan trend bullish, harga dijangka akan menguji semula zon rintangan terhampir pada 1.24000.

Kenaikan yang lebih tinggi akan sekali lagi memperlihatkan harga menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.25000 dan seterusnya akan mengukuhkan lagi trend bullish yang ingin dipertonjolkan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat