Lonjakan Harga Minyak Rencatkan Kenaikan USD/CAD Lebih Tinggi

253

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada yang diterbitkan baik pada sesi New York (Selasa) nampaknya telah menyokong matawang Kanada untuk kembali kukuh di persada pasaran kewangan.

Tambahan pula, lonjakan harga minyak ke paras tertinggi yang terbaharu berikutan keputusan OPEC yang mengekalkan kadar pengeluaran minyak juga sedikit sebanyak memberi sokongan pada matawang Kanada.

Bagaimanapun tunjang utama yang bakal dinantikan oleh kebanyakan pelabur adalah laporan pekerjaan Kanada serta laporan data NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan Jumaat ini.

Meneliti kepada carta harga pasangan matawang USD/CAD, harga kelihatan telah kembali mencapai paras ketinggian yang dicatat pada awal Januari sekitar 1.28000 sebelum memapar semula terjunan.

Terjunan yang menghampiri 150 pips dilihat menguji semula paras 1.26500 dan kekal didagangkan di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Pergerakan harga di bawah paras rintangan berkenaan juga serba sedikit memberi isyarat awal untuk harga membuat perubahan trend bearish setelah harga cemerlang memapar kenaikan lebih 300 pips.

Sandaran seterusnya berkebarangkalian bakal diletakkan pada zon RBS (resistance become support) 1.26000 yang dijangka akan dijejaki andai kata harga terus utuh menterjemah trend bearish harga.

Penurunan lebih secara tidak langsung bakal mendorong harga untuk mencecah zon sokongan serta paras terendah 2022 sekitar 1.24560 yang juga membantu lonjakan harga pada pertengahan Januari.

Namun sekiranya pergerakan harga mempersembahkan semula prestasi cemerlang dalam membuat kenaikan, maka zon rintangan 1.27000 mungkin akan diuji dahulu sebelum menggapai zon 1.28000.

Rekod ketinggian 5 minggu yang terbaharu mungkin akan tercipta sekiranya harga berjaya memapar aksi lonjakan yang lebih garang lagi jika terus mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat