Lonjakan Harga Minyak Tidak Dapat Dibendung Lagi

425

Komoditi hitam meneruskan kenaikan lebih tinggi di tengah optimisme pasaran terhadap pemulihan permintaan bahan bakar global yang semakin meningkat.

Dagangan minyak mentah Brent meningkat untuk hari ketiga berturut-turut, dengan didagangkan di sekitar paras tertinggi sejak Mei 2019, pada $71.90 setong.

Sementara WTI Amerika Syarikat pula didagangkan menguat di sekitar harga $69.30 setong, iaitu tahap paling tinggi yang tidak pernah dilihat sejak Oktober 2018.

Sentimen dalam pasaran minyak semakin positif, setelah lebih banyak penganalisis menjangkakan permintaan akan meningkat. Terbaru, OPEC+ mengatakan bahawa permintaan minyak akan melebihi penawaran pada separuh kedua tahun 2021.

Data OPEC+ menunjukkan bahawa pada akhir tahun permintaan minyak akan menjadi 99.8 juta tong sehari berbanding bekalan 97.5 juta tong sehari.

Selain itu, data bekalan minyak mentah AS yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pada Rabu, turut menyokong pengukuhan harga lebih jauh.

Inventori minyak mentah AS mencatat kejatuhan ketara sebanyak 5.4 juta tong pada minggu lepas, penurunan lebih besar berbanding pengurangan yang dicatatkan pada minggu sebelumnya sebanyak 439,000 tong.

Pasaran kini menantikan data rasmi dari Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) untuk mengesahkan pengurangan besar yang direkodkan dalam inventori minyak mentah pada minggu lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat