Lonjakan Hasil Bon AS Punca EUR/USD Menjunam 100 Pips!

362

Mata wang Euro gagal paparkan pengukuhan pada dagangan Selasa semalam walaupun sentimen ekonomi tinjauan ZEW Jerman yang diterbitkan semalam catatkan angka bacaan yang meningkat.

Euro terkesan oleh faktor pengukuhan semula US dolar dalam pasaran yang didorong oleh peningkatan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ke paras tertinggi 2 tahun.

Penganalisis berpandangan faktor tersebut boleh menyokong pengukuhan US dolar menuju ke penghujung minggu, namun pelabur berkemungkinan waspada menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan corak penurunan harga minggu ini mengakhiri trend bullish pada minggu lalu.

Harga telah susut dari paras ketinggian 1.14800 yang dicapai minggu lalu sehingga ke paras sekitar 1.13150 setakat sesi New York semalam.

Pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat lebih jelas untuk trend bearish pada carta EUR/USD.

Selepas penurunan harian sekitar 100 pips dicatatkan semalam, berkemungkinan penurunan harga bakal diteruskan lagi hari ini.

Untuk jangkaan penurunan harga, zon support sekitar 1.12500-1.12400 bakal diuji semula sebelum penurunan lebih rendah akan menuju zon support tumpuan 2021 pada 1.12000.

Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan semula, paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.14000 bakal menjadi zon rintangan harga semula.

Melepasi halangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi menguji paras ketinggian dicapai minggu lalu untuk isyarat trend bullish harga.

Lihat gambar carta pasangan harga EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat