Lonjakan Kiwi Sejak Isnin Dipacu Oleh Gabenor Baru RBNZ Adrian Orr

45

Dolar New Zealand (Kiwi) menjunam pada Oktober apabila Parti Buruh memenangi pilihanraya di mana mereka berjaya membuat kerajaan gabungan bersama First Party. Ketika itu pelabur menjangka Parti Nasional boleh memenangi pilihanraya dengan mudah sekaligus mengejutkan pasaran dan seterusnya menekan Kiwi.

Selepas dari kemenangan Parti Buruh, pasaran bimbang dengan perubahan terhadap mandat bank pusat (RBNZ), tetapi berita terbaru menunjukkan walaupun Akta Rizab Bank dikaji semula, bank pusat akan terus fokus kepada inflasi.

Pada Isnin, pemangku Gabenor Grant Spencer mengumumkan jawatan gabenor baru akan diduduki oleh seorang penganalisis ekonomi berpengalaman Adrian Orr yang mana penggal beliau akan bermula pada Mac 2018 selama lima tahun.

Dengan pengalaman yang begitu lama dalam industri perbankan, perlantikan beliau telah melonjakkan keyakinan terhadap polisi monetari New Zealand di masa hadapan.

Beberapa penganalisis berkata kejatuhan Kiwi sejak Oktober telah selesai dan perlantikan Adrian Orr telah memacu pergerakan ke atas terhadap Kiwi.

Terdapat kebarangkalian Kiwi akan meneruskan kenaikan dengan pelabur ketika ini telah membeli semula matawang tersebut. Hal ini juga disokong oleh kebimbangan terhadap politik yang semakin berkurangan.

Namun, tidak banyak data New Zealand yang akan dikeluarkan minggu ini di mana pasaran perlu berhati-hati kerana berkemungkinan lonjakan ini akan semakin reda tidak lama lagi.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat