Lonjakan Minggu Lalu Terbantut, AUD/USD Menjunam Parah

180

Dolar Australia pamer prestasi mengecewakan pada dagangan awal minggu ini setelah kembali menyusut semula, berundur dari lonjakan yang berlaku pada mata wang tersebut minggu lalu.

Minit mesyuarat polisi monetari Reserve Bank of Australia (RBA) yang menjadi tumpuan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) menunjukkan bahawa pembuat dasar bersedia untuk mengambil langkah mengetatkan lagi polisi bank pusat setelah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.85% pada mesyuarat awal bulan Ogos.

Namun, pembuat dasar menjangkakan inflasi bakal memuncak pada tahun ini menurun kembali ke sasaran 2-3% menjelang akhir tahun 2024.

Selain daripada itu, pelabur juga menantikan terbitan laporan data pekerjaan Australia yang bakal diterbitkan pada Khamis di mana akan turut dipantau oleh RBA dalam penetapan dasar monetarinya.

Sementara bagi mata wang US dolar pula, sentimen pasaran yang kembali dinilai berisiko (risk-off) susulan terbitan data ekonomi China pada sesi Asia Isnin semalam yang merudum menambahkan kebimbangan pelabur sehingga mata wang safe-haven menjadi tarikan semula.

Disebabkan itu, situasi ini telah memberikan ruang kepada US dolar untuk menghentam kuat mata wang utama yang lain dalam pasaran yang menyaksikan penyusutan nilai lebih ketara termasuk dolar Aussie.

Pelabur juga bakal memberikan tumpuan kepada terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) dan juga minit mesyuarat FOMC bagi menilai pergerakan US dolar menuju ke penghujung minggu.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menunjukkan isyarat perubahan trend bearish dengan terjunan harga di bawah paras 0.71000 mencatatkan penurunan harian sekitar 100 pips pada Isnin semalam.

Berlegar di sekitar ozn 0.70400, harga menyambung penurunan lebih rendah bersambung pada dagangan hari ini menguji paras 0.70000 setakat dagangan sesi Eropah.

Penurunan lebih rendah dijangka berterusan dengan pergerakan harga telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD menjadi isyarat trend bearish buat harga.

Jika harga menyambung penurunan di bawah paras 0.70000, harga berkemungkinan akan kembali mensasarkan sehingga ke zon support pada 0.69000 di mana zon tersebut telah berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga pada dagangan awal Ogos.

Sebaliknya jika harga gagal meneruskan penyusutan dan mula meningkat semula, tumpuan adalah pada zon rintangan 0.71000 yang bakal diuji kembali harga selepas pelabur menilai perubahan trend harga.

Untuk kenaikan lebih tinggi pada pergerakan trend bullish yang lebih jelas, harga berpotensi untuk mencapai ke paras ketinggian 0.71800 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat