Lonjakan NZD/USD Hanya Sementara, Lebih Parah Di Penghujung Minggu

227

Sentimen risk-off pasaran menyaksikan kelebihan bagi dagangan mata wang safe-haven, sebaliknya memberi tekanan terhadap mata wang pulangan tinggi seperti dolar New Zealand (NZD) dan dolar Australia (AUD).

Harapan trader mata wang NZD untuk melihat pengukuhan berterusan pada minggu ini dikecewakan dengan prestasi merosot semula menuju ke penghujung minggu.

Pada carta pasangan mata wang NZD/USD, dapat dilihat kenaikan ketara harga dipamerkan pada dagangan Selasa lalu susulan reaksi pasaran terhadap jangkaaan bank pusat New Zealand (RBNZ) bakal memberi petunjuk untuk pengetatan polisi pada mesyuarat dasar minggu hadapan.

Ramalan untuk RBNZ meningkatkan kadar faedah pada November ini telah mendorong lonjakan nilai Kiwi sehingga kenaikan mencecah paras ketinggian 0.71000 pada carta NZD/USD.

Namun, pengukuhan semula US dolar memberikan kekecewaan kepada pelabur yang menyaksikan harga menjunam semula sehingga ke paras 0.70000.

Penurunan bersambung sehingga Khamis semalam yang telah mencatatkan paras terendah mingguan lebih rendah mengatasi paras dicecah minggu lalu.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Jumaat, harga membuat penurunan lebih rendah menguji zon support pada bulan Jun sekitar 0.69300 dan sedikit peningkatan harga yang lemah menuju pembukaan sesi Eropah.

Zon ini dilihat akan menyokong harga untuk meningkat semula, namun dengan sentimen berisiko yang memberi tekanan terhadap Kiwi akan menyukarkan situasi tersebut.

Sekiranya kenaikan berlaku, harga dilihat akan kembali menuju semula ke paras rintangan pada 0.7000.

Melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan menjadi petunjuk awal buat pelabur bagi permulaan trend menaik harga semula.

Namun sekiranya harga susut lebih rendah di bawah zon support 0.69300, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru sejak November 2020 dengan jangkaan untuk menuju sehingga ke paras sekitar 0.68300.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat