Loonie Didagangkan Positif Hari Ini. Data Jualan Rumah Sedia Ada Jadi Tumpuan Pasaran.

385

Pasaran hari ini menyaksikan dagangan agak pasif memandangkan pasaran kewangan di Australia, Hong Kong dan banyak negara-negara Eropah utama masih ditutup berikutan Easter Holiday.

Dalam kecairan pasaran yang rendah, kekuatan Dolar AS adalah tema asas utama selepas sektor jualan runcit minggu lepas melonjak tinggi sekaligus bakal memberi cerminan yang positif untuk data KDNK pada minggu ini.

Matawang komoditi AUD dan NZD diniagakan agak rendah pada hari ini susulan sentimen pasaran yang kurang baik ditambah dengan kecairan pasaran yang rendah. AUD terutamanya, dilihat sebagai matawang yang berisiko tinggi menjelang bacaan kadar inflasi Rabu ini yang diunjurkan untuk menurun atas faktor jangkaan inflasi pengguna yang jatuh.

Sementara itu, CAD satu-satunya matawang yang melonjak tinggi sejak sesi Asia hari ini. Hal ini disebabkan oleh laporan bahawa A.S. kemungkinan akan meminta semua pengimport minyak Iran untuk menamatkan pembelian mereka.

Menjelang pasaran New York hari ini, pelabur akan disajikan dengan data jualan perumahan sedia ada di Amerika Syarikat di mana pandangan pelabur terhadap data ini adalah untuk berkurang dek kerana ekonomi global yang agak perlahan sejak kebelakangan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat