Loonie Kukuh, USD/CAD Catat Penurunan Ke Paras Terendah Sejak Oktober

165

Matawang komoditi mula menunjukkan pengukuhan selepas diniagakan merosot sejak awal minggu. Khususnya dolar Kanada yang berjaya mengukuh berbanding US dolar pada carta harga USD/CAD.

Menjadi faktor pendorong pengukuhan dolar Kanada adalah data inflasi yang diterbitkan pada sesi New York semalam.

Pasti trader hairan kenapa Loonie mengukuh sedangkan indeks harga pengguna Kanada yang dikeluarkan pada kalender ekonomi catat angka menurun?

Indeks harga pengguna (CPI) Kanada untuk bulan November mencatatkan penurunan kepada -0.1% berbanding 0.3% bulan sebelumnya.

Namun jika diteliti pada komponen data inflasi, kadar inflasi tahunan Kanada meningkat 2.2% pada November. Ini merupakan inflasi tertinggi sejak Mei didorong oleh kenaikan harga tenaga ekoran harga petrol meningkat buat pertama kali sejak Oktober 2018.

Justeru, dapat dilihat pergerakan harga pada carta USD/CAD sesi New York semalam berjaya turun ke paras terendah mingguan selepas melepasi paras 1.31200 yang diuji pada Isnin lalu.

Sebelum itu, harga dilihat gagal melepasi garisan trendline harga sebelum turun lebih rendah di bawah paras garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Penurunan yang hampir menyentuh paras 1.31000 tersebut mencatatkan paras terendah terbaru USD/CAD sejak dagangan Oktober lalu.

Penurunan harga juga turut didorong oleh faktor penyusutan matawang utama US dolar yang terkesan oleh isu pemecatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menjadi perbualan hangat dalam pasaran.

Trump berdepan undian pemecatan oleh Dewan Perwakilan AS atas dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menekan Ukraine dalam isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

Keputusan yang tidak memihak Trump bakal membuatkan dagangan US dolar terus berisiko dan bergerak lemah dalam pasaran.

Jika ini terjadi, dolar Kanada mempunyai peluang untuk terus menekan harga ke paras lebih rendah. Penurunan seterusnya bakal menuju zon support pada 1.30500 yang diuji pada Oktober.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga bakal menguji semula garisan trendline harga dan juga garisan halangan MA50 yang menjadi resistance dinamik untuk trend bearish harga bagi pergerakan rangka masa 1 jam.

Kenaikan lebih tinggi akan memberikan isyarat perubahan trend dan paras-paras tumpuan seperti di 1.32400 dan zon SBR (support become resistance) 1.32600 akan menjadi destinasi yang dituju pada kenaikan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat