Loonie Lemah Menjelang Penetapan Kadar Faedah Oleh Bank Pusat Kanada Malam Ini

473

Matawang dolar Kanada kembali didagangkan lemah berbanding dolar Amerika pada dagangan semalam walaupun harga minyak mentah meningkat dengan kenaikan harga dicatatkan pada pasangan matawang USD/CAD.

Penurunan nilai dagangan Loonie dalam pasaran adalah turut didorong oleh sikap berwaspada pelabur menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari yang akan dikeluarkan pada jam 10 malam ini.

Bank of Canada (BOC) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% seperti sebelum ini dengan fokus bank pusat adalah tertumpu kepada perbelanjaan isi rumah, pasaran minyak mentah dan juga polisi perdagangan global.

Harga pada USD/CAD semalam kembali membuat kenaikan dari paras Magic Pivot menuju ke paras zon resistance pada 1.35000 yang telah diuji beberapa minggu kebelakangan ini sejak April namun harga masih gagal menembusi zon tersebut.

Setelah mencapai paras ketinggian pada zon resistance tersebut di penghujung dagangan sesi New York, harga kembali bergerak perlahan bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini dengan menunjukkan sedikit penurunan harga.

Harga dijangka akan menuju ke paras Magic Pivot 1.3475 hari ini sebelum meneruskan kembali momentum kenaikan pada dagangan semalam.

Harga yang kembali membuat kenaikan akan menguji semula paras resistance 1.35000 untuk cuba menembusi kenaikan ke paras lebih tinggi.

Jika harga berjaya melepasi paras resistance tersebut, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance pada 1.3541 (MagicR2) atau ke paras lebih tinggi pada 1.3582 (MagicR3) dengan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak awal Januari lalu.

Namun jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah dari Magic Pivot hari ini, jangkaan paras yang menjadi tumpuan harga adalah pada 1.34400 di mana harga berlegar di kawasan tersebut pada dagangan awal minggu ini.

Penurunan seterusnya boleh mencecah ke paras 1.34000 atau lebih rendah ke paras support 1.3386 (MagicS3) yang turut menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3451, 1.3410, 1.3386.

Paras resistance: 1.3517, 1.3541, 1.3582.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat