Loonie Lemah Susulan Pengumuman Kadar Faedah, Tumpuan Terarah Pada BOJ Hari Ini

597

Sentimen perniagaan di Jerman yang lemah pada bacaan data tinjauan semalam telah menyumbang kepada kejatuhan dagangan semasa buat matawang Euro. Euro telah jatuh ke paras terendah 22 bulan berbanding dolar Amerika dan terendah sejak Jun 2017 yang lalu.

Pelabur kembali merasakan kebimbangan terhadap risiko pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah khususnya ekonomi terbesar Jerman selepas tinjauan perniagaan pada April merosot.

Tumpuan pada sesi pasaran New York semalam menyaksikan matawang komoditi dolar Kanada mengalami penurunan pada nilai dagangannya selepas bank pusat mengumumkan penetapan kadar faedah.

Bank of Canada (BOC) seperti jangkaan telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75%. Pelabur menjangkakan bakal ada penurunan kadar selepas ini oleh BOC susulan penurunan pada unjuran pertumbuhan ekonomi oleh bank pusat.

Ahli mesyuarat menyatakan mereka akan menilai situasi semasa melibatkan perbelanjaan isi rumah, pasaran minyak mentah serta polisi perdagangan antarabangsa.

Sementara itu, matawang safe-haven Yen mula menunjukkan pergerakan yang lemah sejak semalam berikutan tumpuan pelabur terarah pula kepada penetapan kadar faedah dalam mesyuarat bank pusat Jepun pada pagi ini.

Bank of Japan (BOJ) dijangka akan mengekalkan kadar faedah rendah di paras -0.10% seperti sebelum ini dengan ramalan inflasi akan turun di bawah sasaran 2% untuk tiga tahun akan datang.

Matawang dolar Australia terus didagangkan lemah dalam pasaran berikutan bacaan pada kadar inflasi yang rendah semalam nyata menguatkan lagi jangkaan pelabur terhadap tindakan menurunkan kadar faedah oleh bank pusat selepas ini.

Matawang dolar USD masih diniagakan stabil dan menantikan data pesanan barangan tahan lama pada jam 8.30 malam ini. Seterusnya, tumpuan utama untuk USD adalah pada Jumaat iaitu data awal pertumbuhan GDP di Amerika Syarikat.

Data GDP pada Jumaat akan memberikan gambaran lebih jelas kepada pasaran berkenaan tahap kesihatan ekonomi semasa di Amerika Syarikat di mana akan turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat