Luaskan Kuasamu! JDT Fan Token Sudah Dilancarkan Di Socios.com!

755

“Fuyoo bestnya, peminat mereka mesti berpusu-pusu nak beli JDT Fan Token kan.”

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berjaya melancarkan token peminat JDT Fan Token ($JDT) rasmi paling dinanti-nantikan mereka di aplikasi penglibatan dan ganjaran iaitu Socios.com pada 5 Julai 2023 semalam.

Pada jam 7 malam semalam, JDT telah menganjurkan zon peminat di pusat beli-belah Toppen untuk mempromosikan pelancaran token $JDT sehingga tarikh akhirnya pada 18 Julai 2023.

Secara konteks, pelancaran $JDT adalah bertujuan untuk membenarkan para peminatnya mengundi dalam sebarang keputusan kelab rasmi, mendapat akses kepada pengalaman luar biasa bersama pasukan kegemaran masing-masing dan ganjaran eksklusif melalui aplikasi Socios.com.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa pemegang token $JDT dapat mempunyai peluang besar untuk pelbagai ganjaran menakjubkan seperti meet & greet, tiket perlawanan, barangan rasmi yang ditandatangani serta memorabilia rasmi jika terlibat dalam aset digital itu.

Dilaporkan juga, 50,000 $JDT yang tersedia pada nilai $1 menerusi Fan Token Offering (FTO®️) semalam hanya mengehadkan pembelian pada 100 $JDT dalam tempoh 24 jam pertama agar ramai lagi penyokong JDT dapat mengakses peluang unik tersebut.

Suka dimaklumkan satu $JDT sudah memadai untuk mengundi dalam semua undian yang dilancarkan oleh JDT, tetapi seseorang indvidu itu akan memperoleh lebih banyak ganjaran sekiranya memegang sejumlah token tersebut.

Acara pelancaran token $JDT tersebut telah menampilkan beberapa pemain utama skuad JDT termasuk bintang import Bergson da Silva dan Fernando Forestieri serta pemain sensasi tempatan Safari Rasid, Arif Aiman serta Syihan Hazmi.

Umum mengetahui blockchain sukan Socios.com dikuasakan Chiliz adalah platform secara terus kepada pengguna (D2C) mengaplikasikan teknologi blockchain untuk menyediakan organisasi sukan terkemuka dunia yang beri ganjaran kepada fanbase global mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat