Luckin Cofee Inc Semakin Diterima Ramai, Starbucks Corp Tergugat?

586

Pada tahun ini, sebuah startup Luckin Coffee akan berusia 3 tahun. Walaupun Luckin Coffee ini masih baru, namun ia telah membuatkan Starbucks semakin goyah kerana pasarannya di China semakin didominasi oleh syarikat pesaing itu.

Dari semasa ke semasa, Luckin Coffee telah menambah bilangan cawangannya demi menguasai pasaran di China. Luckin Coffee kini telah menjajah 14 bandar di China termasuk Hefei, Foshan, Shenyang, dan Kunming. Pada Januari yang lepas, sebanyak 2500 gerai telah dibuka dan dijangka pada akhir tahun ini ia akan memiliki 4500 gerai. Disisi lain, Starbuck hanya memiliki 3600 gerai di seluruh China.

Reuters pada hari Jumaat ini melaporkan bahawa pesaing Starbucks Corp, Luckin Coffee Inc telah melepaskan 33 juta saham pada harga IPO $17 setiap saham. Syarikat tersebut telah berjaya meraih $561 juta.

Luckin Coffee Inc mengamalkan strategi perniagaan yang berbeza berbanding Startbucks. Syarikat berasal dari China tersebut menawarkan harga yang lebih murah daripada starbucks dan memilih saiz gerai yang kecil. Berrdasarkan analisis Bernestein, harga Luckin adalah lebih murah daripada Starbucks sebanyak 25%.

Pada tahun 2018, sebanyak 90 juta cawan telah dijual dan mengutip hasil jualan sebanyak $125.3 juta. Jika prestasi syarikat Luckin Coffee terus bertambah baik maka tidak mustahil ia akan menggugat syarikat seperti Starbucks, Costa Coffee dan juga Mc Cafe pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat