Luka USD Bertambah Parah!

793

Dolar greenback terus didagangkan suram pada sesi Eropah di paras terendah dua minggu berbanding sekumpulan matawang utama di tengah-tengah sentimen pasaran yang positif terhadap perkembangan vaksin yang optimis.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama jatuh lebih rendah pada 90.32.

Matawang pound terus menokok lebih tinggi selepas mencecah paras ketinggian terbaru sejak April 2018 dengan mencecah paras harga 1.39000 berbanding US dolar.

UK akhirnya berjaya mencapai sasaran kerajaan untuk memvaksin 15 juta rakyatnya dari golongan keutamaan. Susulan itu, Perdana Menteri Boris Johnson dijangka akan melonggarkan beberapa langkah sekatan menjelang ucapan beliau pada 22 Februari.

Sementara itu, sentimen pasaran turut memberi sokongan buat dagangan matawang komoditi yang juga turut disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dunia ke paras tertinggi sejak Januari 2020.

Dolar Aussie menyambut baik laporan mengenai vaksin Pfizer yang akan tiba di Australia pada minggu ini dan usaha vaksinasi akan mula dilancarkan menjelang akhir bulan Februari.

Selain itu, ekonomi Jepun mencatatkan pertumbuhan 3% pada suku keempat tahun 2020, mengalahkan jangkaan dan meletakkan ekonomi ketiga terbesar di dunia pada tahap yang lebih baik.

Bacaan memberangsangkan ini malangnya gagal mempengaruhi pegerakan yen Jepun, sebaliknya mendorong US dolar lebih tinggi berbanding safe-haven itu.

Pasaran saham AS ditutup pada hari Isnin sempena Hari Presiden, sementara China dan beberapa negara Asia yang lain pula melanjutkan cuti Tahun Baru mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat