Lulus! Elon Musk Dah Boleh Tanam Cip Dalam Otak Manusia!

797

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dikatakan telah memberi lampu hijau kepada syarikat implan otak Elon Musk untuk percubaan klinikal pertama ke atas manusia.

Dalam satu ciapan di Twitter, Neuralink berkata kelulusan FDA menandakan langkah pertama yang penting bahawa suatu hari nanti teknologinya boleh membantu ramai orang.

Terdahulu pada 2016, Musk telah melancarkan impian cip otak Neuralink untuk membolehkan otak manusia mengawal peranti elektrik dan merangsang fungsi motor otak pada pesakit Parkinson, dementia dan Alzheimer.

Oleh itu, ia diharapkan dapat membantu memulihkan pesakit yang lumpuh untuk bergerak dan berkomunikasi semula.

Kelulusan untuk memulakan ujian klinikal itu telah ditangguh berulang kali sebelum ini disebabkan beberapa isu yang muncul dalam ujian makmal ke atas haiwan.

Ini mendorong siasatan oleh Jabatan Pengangkutan sama ada Neuralink mengangkut patogen berbahaya secara haram pada cip yang dikeluarkan dari otak monyet tanpa langkah pembendungan yang betul.

Bukan itu sahaja, ia juga sedang disiasat oleh Pejabat Inspektor Jeneral Jabatan Pertanian AS berikutan kemungkinan pelanggaran kebajikan haiwan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat