LUNA 2.0 Melonjak 100%, Apa Yang Sebenarnya Terjadi?

3,163

Token LUNA 2.0 kembali mendapat perhatian pemain pasaran. Satu token baharu yang disangkakan kebanyakkan ramai orang akan tenggelam berikutan dengan latar belakangnya yang begitu mengesankan pasaran namun hal sebaliknya berlaku. LUNA 2.0 Terra naik mendadak dalam tempoh 24 jam yang lalu selepas pembangun blockchain menyatakan bahawa mereka akan membaiki kekurangan tertentu dalam airdropnya baru-baru ini.

LUNA melonjak sebanyak 100% dan mencapai paras tertinggi harian sebanyak $11.97, bangkit daripada paras terendah $5.86. Token tersebut semasa penulisan didagangkan pada $9.80,naik 42% dalam tempoh 24 jam yang lalu berdasarkan data Coinmarketcap.com.

Lonjakan LUNA 2.0 itu dicetuskan sejurus selepas Terra berkata pada pemegang Twitter rasminya bahawa mereka sedang giat berusaha untuk memastikan airdrop baru-baru ini diedarkan dengan betul.

Langkah itu adalah sebagai solusi rentetan beberapa pemegang token LUNA Classic yang mengadu bahawa mereka menerima kuantiti airdrop yang kurang daripada sepatutnya.

Di samping itu, Binance juga dilaporkan telah selesai mengagihkan airdrop seperti yang dijanjikan. Dalam masa yang sama, dagangan LUNA 2.0 juga telah dilancarkan di bursa dagangan kripto terbesar (Binance) dengan dagangan bersama BUSD dan USDT pada hari ini.

Pada ketika ini tindakan yang diambil oleh pihak Terra ialah mengumpul data untuk pengagihan airdrop. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, dua kelompok yang layak untuk menerima airdrop iaitu mereka yang memegang sebelum keruntuhan LUNA 1.0 dan mereka yang memegang selepasnya. Hanya sahaja mereka yang memegang pada fasa pra akan menerima kuantiti yang lebih besar.

Binance, bersama-sama dengan kebanyakan bursa utama lain telah berikrar untuk menyokong token baharu itu. Pertukaran kripto terbesar di dunia mula membolehkan perdagangan di LUNA pada 31 Mei 2022.

Binance buat masa ini menganggap LUNA sebagai aset berisiko tinggi berikutan turun naik yang tinggi. LUNA telah mencatatkan perubahan harga yang meluas sejak pelancarannya minggu lepas. Token itu hanya jatuh lebih 60% dalam beberapa jam pertama dagangannya. Setakat ini LUNA 2.0 masih didagangkan jauh di bawah paras tertinggi seumur hidup kira-kira $19.53.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat