LUNC Makin Musnah! Pembangun Terra Rebels Ini Disingkir!

548

Haihh takkan la cara kurangkan ahli je yang dapat bangunkan Terra Rebels”

Demi meningkatkan kecekapan Terra Rebels, pasukan tersebut bertindak kurangkan bilangan ahlinya dengan menyingkirkan pembangun utama Terra Classic (LUNC) Edward Kim dan Tobias Anderson atau lebih dikenali sebagai Zaradar.

Pembuangan kedua individu penting itu daripada pasukan Terra Rebels telah memberi kesan negatif kepada harga LUNC berikutan komunitinya sungguh kecewa dengan keputusan yang dibuat mereka tanpa berbincang terlebih dahulu.

Buktinya, LUNC tergelincir sebanyak 3% dalam tempoh 24 jam lalu dan 17% pada minggu lepas, di mana setakat ini harganya berlegar pada zon $0.0001352 .

Difahamkan bahawa perkara tersebut terjadi semasa Zaradar tidak bersetuju dengan perbincangan tadbir urus terkini berkaitan pembiayaan.

Rentetan itu, validator LUNC DAO berpandangan Terra Rebels tidak layak mendapat dana yang dibekalkan oleh kumpulan komuniti sebanyak $150,000 atas alasan penyumbang utama tersebut sudah tiada lagi dalam pasukan.

Selain daripada penerangan diatas, seorang pembangun bernama Duncan turut meninggalkan Terra Rebels selepas berhasrat untuk beralih kepada struktur korporat.

Oleh demikian, sebahagian pelabur percaya LUNC akan musnah dalam sekelip mata sekiranya Edward Kim dan Zaradar enggan membangunkan aset digital itu manakala sebahagiannya pula mengkritik Terra Rebels ekoran tidak mengaplikasikan naik taraf v23.

Suka juga dimaklumkan bahawa 12 ahli aktif yang masih berada dalam Terra Rebels seperti Raider70, ReXx, Vegas, ClanMudhorn dan EchelOn akan dibayar seperti biasa manakala pembayaran untuk ahli tidak aktif adalah melalui stipend*.

*Jumlah tetap yang dibayar kepada individu tertentu untuk menampung perbelanjaan keperluan seperti makanan, perjalanan dan perumahan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat