Luno Catat Transaksi Kripto Bernilai Lebih RM827 Juta Sejak 2019

1,079

Dalam sesi media atas talian baru-baru ini platform pertukaran matawang kripto pertama Malaysia, Luno mendedahkan telah memproses transaksi dalam negara bernilai lebih RM827 juta sejak pelancaran semula pada 2019.

Menurut pengurus Luno Malaysia, Aaron Tang, pelaburan matawang kripto dilihat berkembang dengan baik di Malaysia ketika kebanyakan pelabur mula faham kripto sebagai aset penyimpanan bernilai atau permulaan pelaburan mereka.

Dianggarkan 68% pengguna membeli matawang kripto dengan tujuan untuk membuat pelaburan dengan majoritinya terdiri daripada lingkungan berusia 30 hingga 49 tahun.

Rekod dari April sehingga September 2020 menunjukkan Luno berjaya meraih lebih 180,000 pengguna dan lebih 90% pasaran saham pertukaran aset digital tempatan.

Luno menyimpan lebih RM165 juta yang merangkumi empat matawang kripto yang diluluskan iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).

Luno yang berpangkalan di London turut dimiliki oleh Digital Currency Group (DCG) New York bermula September 2020.

Gabungan DCG membawa harapan ke arah sistem kewangan yang lebih baik sekaligus menjadikan matawang kripto selamat dan mudah untuk dibeli, disimpan dan dipelajari.

Tidak cukup dengan itu, Luno turut bekerjasama dengan firma perisikan blockchain, IntoTheBlock dengan tujuan menambahbaik paparan trading di aplikasi desktop, termasuk memperkenalkan stop-limit and market orders.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat