LUNO: Semua Orang Akan Dapat Wang WITHDRAWAL Mereka Secepat Yang Mungkin

2,417

Dalam update terkini yang dikeluarkan pada Jumaat (23 Mac), Luno mengatakan terus bekerjasama dengan Maybank untuk proses pengeluaran wang (withdrawal) dan akan memberikan maklumat yang lebih konkrit tentang bagaimana perkara ini berjalan.

wSebelum ini LHDN telah membekukan akaun bank Luno dengan kerjasama Bank Negara sejak penghujung tahun lepas berikutan kebimbangan pihak berkuasa terhadap dagangan matawang crypto di Malaysia.

Luno menyatakan dalam statusnya pada 19 Februari bahawa Maybank memahami situasi yang berlaku dan memberi kerjasama dari masa ke semasa.

Dalam statusnya pada 12 Mac Luno menyatakan mereka bekerjasama dengan Maybank untuk untuk membuka semula akaun mereka di Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka juga cuba merundingkan proses withdrawal pelanggan kerana jumlah amaun yang terlibat adalah begitu besar.

Perkembangan yang semakin positif dapat dilihat dalam statusnya pada 23 Mac di mana Luno berkata:

#1 Kami telah berjaya membuat ujian witdrawal terhadap satu kumpulan kecil pelanggan melalui Maybank yang mana kumpulan ini dipilih secara rambang.

#2 Kami sedang cuba meletakkan timeline untuk tujuan withdrawal pelanggan-pelanggan dan juga mengembalikan operasi aplikasi mobile Luno.

#3 Kami menyasarkan untuk memberikan maklumat penuh tentang proses withdrawal pada 28 Mac ini.

#4 Kami mahu mengesahkan bahawa semua dana-dana masih selamat di Maybank dan semua orang akan mendapat wang mereka secepat yang mungkin.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat