Lupakan Data Ekonomi Suram, US30 Melonjak Kukuh!

384

Senyuman manis meniti di bibir pelabur saham pada hari ini susulan sentimen yang kembali pulih dengan melihatkan pasaran Wall Street menghijau.

Ini rentetan daripada laporan pendapatan yang lebih baik daripada syarikat berteknologi besar (Big Tech) seperti Meta Platform.

Dow Jones Industrial mengalami kenaikan harian terbesar sejak 6 Januari dengan meningkat 1.6% atau 524 mata kepada 33,826.17.

Sementara S&P 500 pula mencatat keuntungan terbesarnya sejak Januari susulan lonjakan 1.96% kepada 4,135.34 dan Nasdaq pula lebih kukuh dengan kenaikan 2.76% kepada 13,160.03.

Pada hari Rabu, Meta melaporkan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama yang memacu lonjakan sahamnya hampir 14% pada dagangan Khamis.

Pengukuhan tersebut turut disusuli oleh Amazon yang meningkat 4.6% ekoran hasil yang melebihi jangkaan pada suku pertama sebanyak $127.4 bilion.

Selain itu, saham Intel juga meningkat kira-kira 2.8%, Microsoft naik 3.2% dan Alphabet pula menokok 3.7%.

Ekoran daripada prestasi memberangsangkan itu, pelabur mengetepikan bacaan suram dalam data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang tanpa dijangka lebih perlahan pada suku pertama.

Dalam pada itu, indeks US30 turut melonjak tinggi pada sekitar paras 33,756 pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat