Lupakan Emas! Pelaburan Kripto Di India Catat Lonjakan Lebih 19,000%

1,034

Siapa sangka, walaupun India bergelut dalam ketidaktentuan undang-undang kripto, rekod menunjukkan pelaburan aset tersebut di negara itu melonjak 19,900% dalam setahun!

Chainalysis mendedahkan pertumbuhan pelaburan kripto telah meningkat daripada $200 juta kepada lebih $40 bilion dengan anggaran sekitar 15 juta penduduk India telah terdedah pelaburan kripto.

Ia satu rekod yang agak menarik memandangkan India terkenal dengan sejumlah isi rumah yang memiliki lebih 25,000 tan emas, tetapi pelaburan kripto menjuarai emas dalam tempoh yang sama.

Seperti kisah seorang usahawan berusia 32 tahun, Richi Sood yang berani mati melabur lebih $1 juta rupee (~RM55,959) ke dalam Bitcoin (BTC), Dogecoin (DOGE) dan Ethereum (ETH).

Wanita yang beralih minat dari emas ke kripto ini agak bertuah kerana ketika Bitcoin mencecah $50,000 pada Februari lalu, dia dikatakan telah mengeluarkan keuntungannya dan membeli aset yang sama ketika keruntuhan pasaran baru-baru ini.

Malah, keuntungan itu juga dijadikan dana bagi pengembangan firma pendidikan miliknya, Study Mate India ke luar negara.

“Saya lebih rela ‘meletakkan’ duit saya di dalam kripto berbanding emas. Kripto lebih telus berbanding emas atau hartanah dan pulangannya lebih cepat,” jelasnya.

India sedang ‘mengejar’ rekod Amerika Syarikat (AS) yang kini memiliki populasi 23 juta pelabur kripto, manakala 2.3 juta di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, negara ini masih berteka-teki dengan perundangan terhadap kripto. Manakan tidak, walaupun Mahkamah Agung pada tahun lepas telah membatalkan undang-undang 2018 yang melarang perdagangan kripto, pihak berkuasa sebaliknya tidak menunjukkan mahu menerap sektor kripto.

Parlimen dijangka akan membahas semula perkara ini pada Julai akan datang, yang mana akan melibatkan penyusunan semula dasar-dasar yang lebih bersepadu terhadap kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat