Lupakan Hutang, Selamatkan Ekonomi! – IMF

645

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyeru kerajaan-kerajaan meningkatkan usaha mereka untuk memerangi pandemik coronavirus dan kemerosotan ekonomi global walaupun hutang awam mencapai tahap tertinggi.

Krisis kesihatan disebabkan Covid-19 telah mencetuskan pelepasan rangsangan fiskal global sehingga kira-kira $12 trilion berikutan tindak balas oleh kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara.

IMF meramalkan hutang kerajaan global meningkat hampir 100% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, didorong oleh peningkatan defisit dan penguncupan ekonomi yang semakin mendalam.

Keluaran ekonomi global dijangkakan menurun sebanyak 4.4% tahun ini dan dalam tempoh lima tahun akan datang, krisis ini boleh mengakibatkan kerugian pengeluaran sehingga $28 trilion.

Walau bagaimanapun, pencapaian tahap hutang yang tinggi tidak seharusnya menghentikan sokongan lebih lanjut daripada kerajaan.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva mengatakan bahawa sangat penting bagi semua negara untuk meneruskan langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan kehidupan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat