Maaf Boris Johnson! Permohonan Anda Ditolak

1,111

Perdana Menteri Boris Johnson terus berdepan tekanan selepas House of Lords UK pada hari Isnin menolak rang undang-undang beliau yang membolehkannya melanggar perjanjian pengunduran Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan undian 433 berbalas 165, ahli parlimen menolak rang undang-undang yang penuh kontroversi dan menerima tentangan hebat ketika ia diusulkan oleh PM Johnson pada September lalu.

Parlimen turut mengundi untuk membuang klausa yang akan membolehkan menteri merangka semula sebahagian daripada perjanjian pengunduran Brexit.

Susulan daripada itu, kerajaan UK menyatakan kekecewaannya atas penolakan House of Lords dan menegaskan bahawa mereka tidak akan berundur daripada rancangan tersebut.

Malah, ia juga mengatakan bahawa mereka akan membentangkan semula klausa ini ketika rang undang-undang kembali ke House of Commons.

Rang undang-undang pasaran dalaman dirancang untuk melindungi perdagangan antara empat negara Britain selepas Brexit. Ia merangkumi klausa yang diperlukan untuk melindungi status Ireland Utara sebagai sebahagian daripada UK.

Perundangan tersebut telah mendorong EU untuk mengambil tindakan undang-undang ketika kedua-dua pihak masih tersekat dalam rundingan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan dan keselamatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat