Maaf! Giliran Emas Pula Nak Naik Lagi Tinggi

857

Emas terus mengukuh setelah meningkat ke paras ketinggian satu minggu diangkat oleh harapan terhadap lebih banyak langkah rangsangan coronavirus akan dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.

Memasuki sesi Eropah, spot emas didagangkan meningkat pada $1,840 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,844 per auns (4.00 petang waktu Malaysia).

Setakat ini ada tiga cadangan bantuan rangsangan coronavirus yang sedang dipertimbangkan. Salah satu daripadanya adalah cadangan daripada kedua-dua parti Republikan dan Demokrat (bipartisan) yang bernilai $908 bilion.

Sementara satu lagi adalah rancangan yang diusulkan oleh Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell bernilai $1.4 trilion, dan yang ketiga, adalah pakej bantuan oleh parti Demokrat yang disokong oleh Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dan Pemimpin Senat Demokrat, Chuck Schummer.

Buat masa ini, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menyokong rancangan oleh bipartisan.

Namun begitu, pada masa yang sama, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Presiden Donald Trump akan menandatangani rancangan yang diusulkan oleh McConnell.

Walau apapun pilihan pentadbiran AS, emas akan tetap meningkat selagi mereka bersetuju untuk melancarkan pakej bantuan rangsangan coronavirus.

Emas yang sering dilihat sebagai lindung nilai kepada inflasi dan penurunan nilai matawang, cenderung untuk meningkat daripada langkah rangsangan fiskal besar-besaran yang dilancarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat