Macam Ini Rupanya Cara Negara Berhutang

1,643

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa semua negara di dunia ini berhutang dengan Amerika Syarikat (AS). Namun AS merupakan antara negara yang memiliki hutang paling tinggi di dunia, jadi AS berhutang dengan siapa?

Semua sedia maklum AS adalah ekonomi terbesar di dunia. Tetapi berdasarkan statistik, pada tahun ini, hutang negara AS telah mencecah kira-kira AS$26 trilion dan paling tinggi dicatatkan.

Sebelum itu, mari kita dalami bagaimana sebenarnya sesebuah negara itu berhutang?

Kita fahamkan dahulu mengapa negara berhutang. Hutang negara ini adalah disebabkan oleh perbelanjaan negara melebihi pendapatan yang dijana negara tersebut.

Sekiranya situasi itu berlaku, defisit akan berlaku. Jumlah defisit yang terus bertambah setiap tahun itu adalah kiraan untuk hutang sesebuah negara.

Hutang negara datang dari dalam negara itu sendiri contohnya agensi-agensi dan syarikat-syarikat dalam negara.

Kerajaan sesebuah negara itu akan menawarkan sijil pelaburan hutang atau dikenali sebagai bon, bertujuan untuk mengumpul dana yang besar bagi sebarang program pembangunan negara. Sebagai contoh, bon yang bernilai RM10 juta dengan tempoh matang selama 10 tahun dan pulangan sebanyak 10% setahun.

Sekiranya anda mempunyai syarikat dan berminat membeli bon berkenaan, anda akan membayar RM10 juta kepada kerajaan. Cukup tempoh 10 tahun, anda akan mendapat kembali bayaran penuh RM10 juta itu. Setiap tahun, anda akan mendapat pulangan RM1 juta selama 10 tahun, jadi jumlah pulangan adalah sebanyak RM20 juta dalam tempoh yang sama.

Bon merupakan satu pelaburan jangka masa panjang dengan risiko yang sangat rendah dan boleh menarik minat banyak syarikat untuk melabur.

Situasi sama terjadi sekiranya sesebuah negara berhutang dengan negara lain. Jika negara lain berminat dengan tawaran bon dari kerajaan Malaysia misalannya, mereka akan turut melabur. Jadi, pelaburan asing inilah yang sebenarnya dikatakan sebagai hutang luar negara.

Selain itu, hutang daripada bank pusat negara sendiri juga disifatkan sebagai hutang sesebuah negara tersebut.

Kebiasaannya, apabila ekonomi sesebuah negara berada dalam keadaan lemah, bank negara akan bertindak untuk menyuntuk lebih banyak dana ke dalam ekonomi dengan cara pembelian bon kerajaan.

Jika ekonomi sedang lemah, berkemungkinan syarikat-syarikat turut terjejas dan pembelian bon kerajaan akan berkurangan. Situasi ini akan mendorong bank pusat untuk meningkatkan pembelian bon kerajaan.

Sewaktu pandemik Covid-19 ini, kita boleh lihat hampir setiap bank pusat di semua negara sedang melakukan langkah ini bagi menstabilkan semula ekonomi negara yang terjejas.

Sama juga seperti AS. Hutang AS melonjak selepas peristiwa tragedi 11 September 2001. Selain memerlukan dana yang besar untuk menampung kerosakan infrastruktur, AS juga telah meningkatkan perbelanjaan yang tinggi dalam sektor ketenteraan dan pertahanan mereka.

Untuk mengurangkan hutangnya, sesebuah negara perlu merangka strategi yang lebih baik khususnya untuk menambahkan pendapatan negara selain mengawal perbelanjaan supaya dapat mengurangkan defisit.

Dengan krisis pandemik yang masih belum reda ini, hutang kebanyakan negara semakin dan kerajaan aktif menyalurkan bantuan kewangan untuk memulihkan ekonomi. Oleh itu, setiap negara perlu bijak untuk memastikan hutang negara berada di paras yang terkawal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat