Macam Mana Rusia Nak Bayar Hutang? Habis Semua Disekat!

2,216

Rusia telah memberi indikasi bahawa ia mungkin menggunakan rizab mata wang rubel atau yuan China untuk membayar pembayaran faedah terhadap hutangnya bagi mengelak daripada ‘default‘.

Menurut Reuters, Menteri Kewangan Anton Siluanov mengatakan langkah ini bermakna Rusia telah memenuhi ketetapannya berikutan pembekuan daripada rizab dolar AS, euro, pound dan yen kerana sekatan antarabangsa ke atas bank pusatnya.

Pada masa ini, Rusia disekat daripada mengakses kira-kira separuh dari rizab pertukaran asingnya yang bernilai $640 bilion, di mana kebanyakannya disimpan di pusat kewangan utama luar negara negara seperti New York, London dan Frankfurt.

Namun, Moscow juga memegang rizab dalam yuan dan emas, yang mana masih boleh diakses.

Siluanov mengatakan Rusia perlu membayar faedah (dipanggil kupon) ke atas Eurobond-nya pada 16 Mac atau Rabu dan telah meminta bank-bank Barat untuk menjalankan transaksi tersebut.

Namun, disebabkan sebahagian besar daripada rizabnya dibekukan, ia mungkin berdepan kesukaran kerana kemungkinan pembayaran tersebut akan dilakukan bergantung pada sekatan.

Eurobond ialah bon yang diterbitkan dalam mana-mana mata wang selain daripada mata wang negara atau pasaran di mana ia dikeluarkan. Pembayaran kupon pada hari Rabu adalah atas pinjaman yang dibuat dalam dolar AS, jadi ia juga dijangka dibayar dalam dolar.

Rusia berhasrat untuk membayarnya dalam mata wang rubel jika sekatan menghalang bank daripada membayar hutang dalam mata wang terbitan. Bagaimanapun, tidak jelas jika pembayaran balik dalam yuan atau rubel akan memenuhi syarat pinjaman.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat