Macam Tak Percaya, Inflasi UK Tiba-tiba Turun!

912

Kejatuhan tidak dijangka dalam inflasi UK pada bulan Ogos memberi sedikit kelegaan buat Bank of England (BOE) yang telah berkerja keras untuk memeranginya.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) UK meningkat kepada 9.9% secara asas tahunan pada bulan lalu daripada 10.1% yang direkodkan pada Julai.

Angka yang dicatatkan juga meleset daripada jangkaan untuk meningkat 10.2%, tetapi ia masih berada pada paras tertinggi dalam 40 tahun.

Sebaliknya, inflasi teras (tidak masuk harga tenaga dan makanan) dilaporkan bertambah kepada 6.3% tahun ke tahun daripada 6.2% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 11 bulan inflasi di UK menurun di mana kemerosotan dalam harga petrol menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan tersebut.

Bacaan ini mungkin menimbulkan tanggapan bahawa inflasi telah mencapai kemuncaknya, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas BOE untuk bertindak.

Langkah terbaru dari Perdana Menteri Liz Truss untuk membekukan kenaikan bil tenaga yang melanda isi rumah mungkin dapat mengurangkan tekanan inflasi seterusnya buat UK.

Bagaimanapun, penganalisis mengatakan ia hanya akan memberi kesan kepada inflasi jangka pendek, tetapi pertumbuhan harga dijangka kekal kuat sehingga tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat