Macam Tak Percaya, Putin Tiba-tiba Mahu Berunding Dengan Ukraine

337

Tampaknya Presiden Vladimir Putin tidak main-main dengan kenyataannya minggu lalu untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Hal ini rentetan daripada kenyataan terbaharu beliau pada hujung minggu yang mengatakan kesediaannya untuk mengadakan rundingan dengan Ukraine.

Dalam satu wawancara yang disiarkan pada Ahad, Putin bekata Rusia bersedia untuk berunding dengan semua orang yang terlibat untuk mencari penyelesaian, sambil mengatakan terpulang kepada Kyiv jika mahukannya.

Bertindak balas kepada penyataan itu, penasihat Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata Putin perlu kembali pada realiti dan mengakui bahawa sebenarnya Rusia yang tidak enggan berunding.

Selain itu, Putin juga mengecam negara-negara Barat kerana cuba memecah-belahkan Rusia selain turut mendakwa serangannya di Ukraine bertujuan untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyatnya.

Ini bukan pertama kali Rusia mengatakan kesediaannya, malah Putin pernah mengatakan Kremlin terbuka kepada perbincangan tetapi hendaklah mengikut syaratnya iaitu Kyiv perlu tunduk kepada tuntutannya dan menerima pengilhakan terhadap empat wilayah Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat