Mahatma Gandhi Bakal Muncul Di UK!

369

Macam tidak percaya pula apabila Britain mengumumkan figura terkenal India, Mahatma Gandhi akan tampil pada mata wang negara itu, menjadi individu selain kulit putih pertama yang membuat penampilan pada mata wang asing.

Penampilan pemimpin kemerdekaan India pada syiling sedang diusahakan oleh The Royal Mint Advisory Committee, yang bertanggungjawab dalam reka bentuk dan tema syiling Britain.

Menyelusuri sejarah hidup figura ini, Gandhi merupakan pejuang anti-kekerasan sepanjang hidupnya dan memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan India.

Digelar sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ India, beliau dibunuh oleh seorang radikal Hindu pada 30 Januari 1948, beberapa bulan setelah membebaskan India dari pemerintahan Inggeris.

United Kingdom (UK) memutuskan keputusan ini pada Sabtu lepas, setelah Canselor UK, Rishi Sunak mengemukakan idea untuk meraikan pencapaian individu BAME (Black, Asian dan Minority Ethnic) dengan meletakkan imej mereka pada permukaan syiling.

Bekas calon Konservatif, Zehra Zaidi yang menerajui kempen We Too Built Britain menyambut baik cadangan tersebut. Malah, pihak kempen turut mencadangkan beberapa figura lain untuk ditampilkan pada permukaan syiling selepas Gandhi.

Antaranya termasuklah, tentera pertama India dan Gurkha yang menerima pingat Victoria Cross, jururawat Jamaica-British Mary Seacole, dan salah seorang daripada empat wanita Britain Noor Inayat Khan yang menerima George Cross.

Sejak kematian seorang lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat (AS) pada Mei lalu, beberapa institusi Britain terkesan dengan berita tersebut dan banyak organisasi membuat pelaburan untuk membantu golongan BAME dan menyokong kepelbagaian kaum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat