Mahkamah Agung Putuskan Bahawa Pentadbiran Trump Telah Melanggar Undang-Undang!

1,093

Mahkamah Agung pada hari Khamis mengumumkan penyekatan langkah yang diambil Presiden Donald Trump untuk menamatkan perlindungan bagi kira-kira 700,000 imigran yang dibawa ke negara itu secara haram.

Pada 3 tahun lepas Presiden Donald Trump telah isytihar penamatan program ‘DACA’. DACA’ atau ‘Deferred Action for Childhood Arrivals’, adalah polisi imigresen yang diperkenalkan presiden terdahulu, Barack Obama.

Secara asas, program ini adalah bertujuan unutk melindungi pendatang yang memasuki Amerika sebagai kanak-kanak secara haram. Dengan DACA ia membolehkan kanak-kanak imigran untuk kekal berada di negara itu tanpa perlu dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh dua tahun dengan syarat-syarat tertentu seperti bebas dari rekod jenayah.

Walaubagaimanapun, pada September 2017 Trump telah mengumumkan bahawa seramai 700,000 penerima DACA akan dicabut perlindungan mereka dan memberikan tempoh kepada Kongres untuk menggantikan polisi berkenaan.

Dengan undian 5-4, mahkamah tinggi memutuskan bahawa pentadbiran Trump melanggar Undang-Undang Prosedur Pentadbiran berikutan langkah yang diambil beberapa tahun lepas iaitu pengisytiharan penamatan program DACA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat