Mahu Tahu Apa Nasib USD Pada Sesi Eropah? Baca Sini!

500

Pergerakan positif kembali dilihat pada dagangan US dolar apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Bagaimanapun, raja mata wang itu masih belum dapat memadamkan kerugian yang dicatatkan selepas data inflasi Amerika Syarikat diterbitkan pada Khamis.

Perhatian pelabur seterusnya beralih kepada keluaran data jualan runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada sesi New York dengan jangkaan sedikit meningkat pada September.

Terdahulu, inflasi pengguna AS dilaporkan meningkat melebihi jangkaan pada bulan lalu dengan catatan 8.2% berbanding unjuran pasaran 8.1%, hanya menurun sedikit dari bacaan sebelumnya 8.3%.

Ini menyebabkan pasaran mengekalkan jangkaan untuk peningkatan kadar sebanyak 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi bulan depan.

Sementara itu, dapat dilihat beberapa mata wang utama kembali berundur daripada keuntungan mereka sebelum ini.

Yen terus berlegar pada sekitar paras terendah 32 tahun ketika jurang dasar monetari yang semakin meluas antara Bank of Japan (BOJ) dan bank pusat utama lain.

Mata wang pound pula sedikit susut di tengah-tengah ketidaktentuan dalam rancangan fiskal kerajaan UK dan berakhirnya program pembelian bon oleh Bank of England (BOE) pada hari Jumaat.

Pergerakan sama dipaparkan oleh mata wang euro yang didagangkan pada sekitar harga 0.9752 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat