Mahu Trade GBP Ketika Mesyuarat BOE? Baca Ini Dulu

848

Menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada malam ini, matawang pound sterling memaparkan kejatuhan lebih rendah ketika pembukaan sesi Eropah dengan jatuh di bawah paras harga 1.36000 berbanding US dolar.

Berikutan krisis coronavirus yang semakin memburuk di Britain, BOE dijangka akan bergerak sebagai pendukung kepada Perbendaharaan dalam menyokong ekonomi dan memungkinkan bank pusat mencari alasan untuk melaksanakan kadar negatif.

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak akan melancarkan lebih banyak rangsangan fiskal dalam belanjawannya yang dijadualkan untuk diterbitkan pada 3 Mac depan.

Sebilangan besar perniagaan di Britain kini semakin dihantui oleh penutupan ekonomi ketiga sejak wabak itu melanda tahun lalu, sehingga memberi impak lebih besar berbanding negara-negara G7 yang lain.

BOE diramal akan mengekalkan kadar faedah pada 0.10% dan menahan daripada kenaikan lanjut dalam program pembelian bonnya yang telah meningkat dua kali ganda sehingga mencecah £ 895 bilion.

Namun, pada masa yang sama bank pusat juga akan menerbitkan maklum balas dari bank perdagangan mengenai kemungkinan operasi kadar negatif, yang menurut Gabenor Andrew Bailey, ia akan mengubah fungsi sistem perbankan jika dilaksanakan.

Selain itu, bank pusat juga dijangka akan mengeluarkan laporan dasar monetari dan berbincang mengenai keadaan ekonomi semasa serta prospek yang meningkat berikutan pelancaran vaksin yang lancar di UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat