Mahu Trade? Sila Baca Berita Ini!

889

Pelantikan rasmi Presiden Amerika Syarikat ke-46 akhirnya berjalan tanpa menghadapi halangan, di mana para pelabur saham dan matawang menyambut baik pentadbiran baru Joe Biden.

Peralihan yang tenang membolehkan para pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada agenda 100 hari Presiden Biden yang merangkumi janji-janji agresif untuk lebih banyak rangsangan dan pengagihan vaksin Covid-19 yang lebih luas.

Dolar greenback didagangkan susut berbanding pesaing utamanya pada sesi Asia, ditekan kebimbangan mengenai perbelanjaan lebih banyak akan menyebabkan defisit fiskal yang lebih besar.

Matawang euro kembali didagangkan meningkat selepas menyusut pada sesi sebelum ini berikutan kekhuatiran terhadap risiko yang bakal ditanggung terhadap pelanjutan penutupan coronavirus dan penangguhan pengedaran vaksin.

Pelabur kini menumpukan perhatian mereka terhadap mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini yang dijangka akan kekalkan kadar faedah dan program pembelian aset mereka tidak berubah.

Seperti ECB, Bank of Japan (BOJ) yang juga mengadakan mesyuarat polisi hari ini, dijangka tidak akan mengubah dasar monetarinya, tetapi akan menurunkan penilaian dan unjuran terhadap ekonominya.

Dolar Amerika susut berbanding yen, serta matawang komoditi lain seperti dolar Aussie, kiwi dan Kanada.

Sementara matawang pound pula terus mengukuh di sekitar paras ketinggian terbaru lebih 2 tahun yang direkodkan pada sesi dagangan sebelum ini selepas disokong oleh data inflasi UK yang lebih baik dari jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat