Majlis Penandatangan Perjanjian Fasa 1 AS-China Bakal Berlangsung Minggu Hadapan!

235

Perwakilan perdagangan China, Liu He yang turut merupakan wakil ketua rundingan bagi negara China dalam rundingan perdagangan AS-China bakal menandatangani perjanjian perdagangan ” Fasa 1″ di Washington pada minggu hadapan sebagaimana menurut Menteri Perdagangan pada hari Khamis.

Menurut jurucakap Menteri Perdagangan China, Gao Feng, Liu akan melawat Washington pada 13-15 Januari ini. Pada ketika ini kedua-dua belah pihak berhubung secara rapat dalam pengaturan tertentu penandatangan nanti.

Presiden A.S Donald Trump mengatakan pada 31 Disember lepas bahawa perjanjian perdagangan Fasa 1 dengan China akan ditandatangani pada 15 Januari yang akan berlangsung majlis penandatangan di Rumah Putih. Dalam masa yang sama Trump juga mengatakan bahawa beliau akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan wakil atasa China dan susulan daripada itu, beliau akan ke Beijing bagi memulakan rundingan perdagangan fasa seterusnya.

Perjanjian Fasa 1 yang telah mencapai kesapakatan pada bulan lepas, dijangka merangkumi pengurangan tarif dan peningkatan dalam pembelian produk pertanian, tenaga dan pembuatan A.S. Turut dijangka akan merangkumi perbincangan harta intelektual A.S.

Setakat ini tidak ada versi teks yang telah diwartakan kepada umum dan para pegawai China juga tidak mengumumkan komitmen mereka secara terbuka mengenai perkara-perkara penting perjanjian seperti peningkatan import barang dan perkhidmatan A.S. sebanyak $ 200 bilion selama dua tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat