Makin Bersemangat, Ripple Tarik Pelanggan Dari Sektor Perbankan AS!

765

“Contohilah sikap XRP yang tetap tidak berputus asas walaupun dijatuhkan.”

Pertempuran undang-undang antara Ripple (XRP) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang telah berlarutan selama tiga tahun akhirnya menemui kejayaan apabila kes tersebut dilaporkan berpihak kepada XRP.

Walaupun Hakim Analisa Torres memutuskan beberapa jualan utama XRP sepatutnya didaftarkan sebagai tawaran sekuriti, penjualan sekunder aset digital tersebut sama sekali tidak dikira sebagai sekuriti tidak berlesen.

Memang tidak dinafikan kes itu akan terus dibicarakan dan penalti kewangan untuk jualan utama XRP mungkin masih berlaku, tetapi keputusan dalam Summary Judgment tersebut dapat membersihkan semula nama Ripple yang telah tercemar.

Menurut Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XRP berkata bahawa keputusan mahkamah tersebut dapat membenarkan XRP untuk meneruskan langkah mereka dalam menjana lebih banyak wang.

Tambahnya lagi, kejayaan tersebut bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada XRP malah seluruh pasaran kripto termasuk memudahkan pemindahan wang melalui aset digital itu yang telah lama menderita disebabkan SEC.

Didedahkan juga bahawa firma pembayaran blockchain tersebut akan memulakan perbincangan dengan pelanggan baharu bermula pada suku ketiga iaitu hanya dua minggu lagi, kata peguam umum XRP, Stu Alderoty.

Alderoty turut mengumumkan XRP akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama dengan firma dalam sektor perbankan AS bagi menjalankan perniagaan di luar negara yang sebahagian besarnya telah dihapuskan.

Setakat penulisan ini, harga XRP tergelincir sebanyak 2.31% pada paras $0.73 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $38 bilion tetapi tetap merekodkan kenaikan sekitar 55.28% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat