Makin ‘Gila’, Emas Sasar Harga $1,800 Pula!

860

Emas melanjutkan kenaikan terbesarnya sejak Mac untuk meningkat pada paras tertinggi hampir tiga bulan pada awal minggu di tengah-tengah kelemahan US dolar yang berterusan.

Sesi Asia menyaksikan logam kuning didagangkan pada $1,762 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,765 per auns.

Logam berharga itu kekal mendapat permintaan pelabur ketika pegangan terhadap US dolar terus dilepaskan susulan data inflasi Amerika Syarikat yang diterbitkan minggu lalu.

Inflasi tahunan AS meningkat pada kadar paling perlahan sejak Januari kepada 7.7% pada bulan Oktober, sekali gus menimbulkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedahnya.

Meskipun begitu, penggubal dasar Fed Gabenor Christopher Waller memberi peringatan kepada pelabur supaya tidak terlalu berlebihan dengan satu angka inflasi sahaja.

Ujar beliau, Fed memerlukan beberapa lagi penurunan inflasi untuk bank pusat itu mengambil langkah keluar daripada pengetatan monetari.

Tumpuan seterusnya akan diarahkan kepada penerbitan data inflasi pengeluar (PPI) AS pada hari Selasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat