Makin Kritikal! GBP/USD Nak Pergi Mana Pula Selepas Ini?

482

Menyemak kepada pergerakan harga pada carta GBP/USD tampaknya masih lagi mengekalkan reaksi penurunan meskipun pada mulanya harga seakan sedang membuat cubaan untuk mendaki lebih gah.

Penurunan itu dilihat berlaku pada pembukaan sesi New York semalam (Khamis) yang mana ia sekali lagi telah pun jatuh serta melepasi zon SBR (support become resistance) 1.33000 untuk kekal bearish.

Dalam hal ini juga dapat diperhatikan setelah harga terus bersambung membuat kejatuhan pada awal sesi Asia hari ini (Jumaat) dan kekal didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Pelbagai faktor terus menyelubungi dan membebankan matawang Pound setelah ia kekal lagi terpalit dengan isu Brexit yang dilihat ketika ini masih lagi tidak mempunyai kata sepakat ketika perbicaraan.

Bebanan terus digusarkan dengan kegusaran terhadap penularan wabak Covid-19 dengan penemuan varian baharu Omicron yang makin berleluasa dan sama sekali terus membimbangkan situasi pasaran.

Sudah semestinya menjadi tumpuan adalah kepada penerbitan laporan data NFP Amerika Syarikat (AS) yang turut bakal merangsang Federal Reserve (Fed) dalam mempercepatkan kenaikan kadar faedah.

Selari dengan aspek berkenaan, kecenderungan untuk terus mencatatkan penurunan masih kelihatan yang mana penganalisis mengeluarkan pendapat akan menguji zon sokongan 1.32000 terlebih dahulu.

Ini turut membuktikan bahawa paras terendah sejak Disember 2020 sekitar 1.31940 berkemungkinan bakal dijadikan sasaran berikutnya sebelum pergerakan harga terus agresif dalam membuat terjunan.

Sebaliknya jika harga pada carta GBP/USD kembali memberi kejutan dengan trend kenaikan, zon SBR 1.33000 berkemungkinan akan menjadi zon rintangan terawal untuk dicapai sebelum terus mendaki.

Manakala trendline resistance yang terbentuk dijangka bakal menjadi petunjuk awal untuk perubahan trend dan corak uptrend lebih jelas bakal kelihatan sekiranya harga berjaya menguji zon SBR 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat