Makin Panas, AS & Korea Selatan Bersatu Lawan Kim Jong-Un

279

‘Berderau darah member tu tahu 2 musuh dia bergabung.’

Penggabungan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan 80 das tembakan artileri dilepaskan berhampiran sempadan perairan antara negara tersebut.

Difahamkan negara pimpinan Kim Jong Un telah melancarkan beberapa peluru berpandu termasuk sebuah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang tersasar menghala ke perairan sempadan negara tersebut pada Khamis.

Ia dipercayai adalah respon Korea Utara terhadap penggabungan kerjasama antara Korea Selatan dan AS yang dianggap provokasi ketenteraan.

Sebagai konteks, beberapa jam sebelum kejadian wakil Seoul dan Washington telah mengangkat ikrar kerjasama dan mencari langkah terbaik untuk memberi maklum balas terhadap tindakan provokasi peluru berpandu Pyongyang.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Auston dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Lee Jong Sub berkata bahawa mereka akan mencari cara untuk mempamerkan ‘tekad dan keupayaan’ pakatan yang dibina.

Berbalik kepada berita asal, pihak Seoul telah mengeluarkan amaran komunikasi terhadap pelancaran tersebut kepada Pyongyang dan mengatakan tindakan tersebut melanggar perjanjian antara Korea-2018.

Ketegangan yang berlaku boleh dijejaki bermula pada awal bulan lepas dengan Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu sebagai respon terhadap latihan ketenteraan antara Korea Selatan dan AS.

Perkara tersebut dinilai sebagai provokasi oleh Korea Utara sementara Barat menganggap perkara tersebut sebagai latihan pelancaran nuklear.

Dalam pada itu, setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara iaitu Pak Jong Chon menyifatkan kerjasama Seoul dan Washington tersebut bakal menyebabkan lebih banyak kesan buruk kepada kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat