Makin Teruk! Jepun Akan Perluaskan Keadaan Darurat

700

Jepun dijangka akan meluaskan lagi keadaan darurat pada hari Rabu sebagai sebahagian daripada usahanya untuk membendung penularan jangkitan coronavirus.

Pada minggu lalu, negara itu telah mengisytiharkan keadaan darurat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya yang berkuatkuasa pada Jumaat lepas sehingga 7 Februari.

Kerajaan kemungkinan akan memasukkan tujuh wilayah lain dalam penguatkuasaan tersebut, termasuk Osaka, Kyoto dan Fukuoka.

Sehubungan daripada itu, kerajaan dilaporkan merancang untuk mendengar pendapat pakar dalam mesyuarat panel penasihat pada petang Rabu sebelum melaksanakan rancangannya.

Dagangan matawang yen bagaimanapun dilihat tidak terkesan dengan situasi ini memandangkan ia menerima sokongan daripada penyusutan US dolar.

Berikutan pelaksanaan sekatan di Jepun, Nikkei menjangkakan terdapat penurunan dalam ramalan pertumbuhan ekonomi oleh Bank of Japan (BOJ) pada suku tahun 2020-21 yang berakhir pada bulan Mac.

Jepun telah mencatatkan kira-kira 298,000 kes dan 4,192 kematian akibat coronavirus setakat ini. Krisis pandemik di negara itu semakin meningkat sejak akhir Disember lalu, di mana kes harian yang dicatatkan mencecah tahap tertinggi sejak penularan wabak itu bermula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat