Makin Turun! Inflasi Malaysia Hampir Cecah Lantai Sasaran

1,127

Malaysia terus menyaksikan penurunan dalam inflasi pengguna pada bulan Jun kepada 2.4% daripada 2.8% yang dicatatkan sebelumnya. 

Ia merupakan bacaan terendah yang dicatatkan sejak April 2022, dipacu oleh penyusutan ketara dalam harga makanan dan pengangkutan.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan segar dan barangan yang dikawal oleh kerajaan) turut perlahan kepada 3.1% daripada 3.5% sebelumnya, dan merupakan kenaikan terkecil sejak Jun 2022.

Ini adalah butiran lanjut mengenai inflasi pada bulan Jun:

  • Makanan dan minuman bukan beralkohol turun ke 4.7% daripada 5.9%
  • Sektor pengangkutan susut ke 0% daripada 1.0%
  • Sektor restoran dan hotel merosot ke 5.4% daripada 6.7%
  • Sektor penjagaan perumahan, perabot dan perkakasan perumahan kurang ke 2.73% daripada 2.7%
  • Sektor barangan dan perkhidmatan lain jatuh ke 2.6% daripada 2.9%
  • Sektor rekreasi dan budaya turun ke 1.6% daripada 1.8%
  • Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar kekal pada 1.8%
  • Sektor pendidikan tidak berubah pada 1.9%
  • Sektor kesihatan menokok ke 2% daripada 1.9%
  • Sektor komunikasi naik ke -3.6% daripada -3.7%
  • Pakaian dan kasut susut ke 0.1% daripada 0.4%
  • Minuman alkohol dan tembakau turun ke 0.6% daripada 0.7%

Selain itu, inflasi di kawasan bandar jatuh kepada 2.4% berbanding 2.9% sebelumnya dan kawasan luar bandar turut susut pada 1.9% daripada 2.4% sebelumnya.

Malaysia adalah antara negara yang mencatat bacaan inflasi terendah berbanding beberapa negara lain, Eropah (5.5%), Amerika Syarikat (3.0%), Filipina (5.4%), Indonesia (3.5%) dan Korea Selatan (2.7%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat