Malang Tidak Berbau, CBDC China Terpalit Isu Pengubahan Wang Haram!

1,055

Kerajaan China baru sahaja dalam fasa meraikan pelancaran percubaan Yuan Digital di negara mereka yang bermatlamatkan untuk menjadi kaedah pembayaran digital yang selamat dan terpusat. Namun malang tidak berbau, baru sahaja dalam tempoh percubaan pihak berkuasa telah mendapati adanya pengubahan wang haram yang pertama menggunakan CBDC China.

Pegawai Keselamatan Awam Xinmi bersama badan pencegah rasuah telah menahan 11 suspek di Wilayah Fujian kerana menggunakan Yuan digital secara haram untuk mencuci wang. Di samping itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa ahli kumpulan itu menggunakan CBDC China untuk terus mencuci wang untuk kumpulan luar.

Penipuan CBDC China dilakukan melalui medium telekomunikasi dimana mangsa penipuan akan menerima panggilan rawak mengenai pembelian dalam talian mengenai produk mereka yang rosak. Penipu akan menawarkan pampasan kepada pembeli dengan membeli barang tersebut sebanyak tiga kali ganda harga produk.

Penipu akan meminta mangsa melakuka pengesahan, yang juga termasuk beberapa pemindahan melalui yuan digital. Berdasarkan laporan tempatan, pihak berkuasa mendedahkan bahawa beberapa pembayaran sedang dipindahkan ke dalam dompet elektronik tertentu. Setakat ini, suspek telah ditahan dan didakwa di bawah akta siasatan jenayah.

Laporan ini sedikit sebanyak memberi kesan yang buruk kepada yuan digital dan membawa indikasi bahawa digital yuan tidak terlepas daripada aktiviti kewangan haram. Ketidakupayaan digital untuk menghapuskan jenayah kewangan yang menjurus kepada penggunaan aset kripto telah menimbulkan kebimbangan yang besar terhadap penggunaan CBDC China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat