Malang Tidak Berbau, Terra Do Kwon Bakal Dipanggil Kerajaan Korea!

1,659

Kerajaan Korea Selatan dilaporkan merancang untuk memanggil pengasas Terra iaitu Do Kwon untuk memberi penjelasan di parlimen berhubung dengan isu yang menimpa Terra.

Langkah itu hadir selepas projek Terra musnah sehinggakan membawa kepada kejatuhan nilai pasaran daripada $40 bilion kepada hampir $1 bilion dalam tempoh seminggu. Keruntuhan itu telah mencetuskan kemarahan dan kritikan dalam kalangan pelabur. Rentetan is ini juga, beberapa kerajaan telah menyeru agar lebih banyak peraturan ke atas kripto dikenakan.

Berdasarkan laporan, ahli politik Korea Selatan Yoon Chang-Hyeon membangkitkan persoalan yang perlu dibincangkan mengenai nahas Terra baru-baru ini dalam mesyuarat pleno. Beliau menekankan perlunya penjelasan kerana ia telah mempengaruhi corak pasaran dan memberi impak terhadap bursa pertukara kripto. Bursa Korea utama seperti Coinone, Korbit dan Gopax telah menghentikan dagangan UST dan LUNA mereka pada 10 Mei, manakala Bithumb dan Upbit melakukannya pada 11 Mei dan 13 Mei.

Yoon menyeru agar pegawai pertukaran crypto dan Do Kwon dipanggil menghadap bagi menyiasat punca di sebalik kemalangan bersejarah itu. Bagaimanapun, beliau juga membangkitkan tentang keperluan untuk menggubal undang-undang yang melindungi para pelabur.

UST stablecoin Terra sebelum ini memegang permodalan pasaran melebihi $18 Billion. UST yang sepatutnya ditambat dengan US dolar kini didagangkan pada harga purata $0.124 dan keruntuhan yang berlaku menyebabkan nilai modal pasaran turun kepada $1.4 Bilion.

Yoon menyebut bahawa setiap perdagangan dalam pasaran membantu bursa kripto menjana komisen daripada mereka. Semasa kejatuhan pasaran, Upbit adalah platform terakhir untuk menghentikan dagangan untuk LUNA. Pertukaran itu kemudiannya menjadi syarikat paling tinggi dalam menjana pendapatan komisen sebanyak 80%. Rentetan daripada semua itu, Yoon membangkitkan suara agar perlunya undang-undang yang ketat ke atas pasaran kripto bagi melindungi pelabur.

Pihak berkuasa kewangan Korea Selatan telah pun memulakan siasatan terhadap bursa kripto. Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan (FSS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) telah meminta bursa untuk memberikan butiran mengenai transaksi UST dan Luna. Laporan itu juga akan merangkumi jumlah dagangan dengan bilangan pelabur dan harga penutup mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat