Malaysia Antara Negara Non-OPEC Melonjakkan Pengeluaran Sejak Beberapa Bulan Lalu

135

Wakil OPEC dan non-OPEC bermesyuarat selama dua hari di Abu Dhabi bagi membincangkan cara bagi meningkatkan pematuhan terhadap perjanjian pemotongan.

Organization of The Petroleum Exporting Countries (OPEC), Rusia dan beberapa pengeluar lain telah bersetuju mengurangkan 1.8 juta tong pengeluaran sehari sehingga Mac 2018 bagi menyelesaikan masalah lambakan dalam pasaran.

Antara pengeluar penting OPEC, Iraq dan UAE telah menunjukkan paras pematuhan rendah di mana perjanjian berdasarkan anggaran yang digunakan OPEC dalam memerhati penawaran ke dalam pasaran. Negara bukan-OPEC seperti Kazakhstan dan Malaysia telan melonjakkan pengeluaran sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan International Energy Agency (IEA).

Dalam mesyuarat di Rusia bulan lalu, negara-negara OPEC mengesahkan komitmen dalam mencapai sasaran pengeluaran.

Untuk pasaran minyak mentah, para pelabur sedang menunggu laporan inventori dari Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pukul 10.30 malam ini. Pasaran menjangka pengurangan stok sebanyak 2.6 juta tong berbanding sebelum ini hanya berkurang 1.5 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat