Malaysia Dah ‘Deal’ Dengan Pfizer Untuk 13 Juta Dos Vaksin!

827

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malaysia telah memuktamadkan perjanjian untuk membeli 12.8 juta dos vaksin Pfizer Inc Covid-19 yang akan mula dihantar pada suku pertama tahun depan. Tambahnya lagi, dos berkenaan cukup untuk memvaksinasi 6.4 juta individu dengan pengiriman awal satu juta dos diperuntukkan untuk 500,000 pekerja kesihatan barisan depan.

Di samping itu, Malaysia juga telah menandatangani perjanjian dengan Covax Facility untuk vaksinnya, yang cukup untuk kira-kira 3 juta rakyat Malaysia.

Lebih menggembirakan ialah semua rakyat Malaysia akan diberi vaksin terhadap Covid-19 tanpa dikenakan bayaran!

Tambahan daripada itu,  syarikat farmaseutikal Amerika telah menyatakan komitmen mereka untuk memberikan 1.7 juta dos lagi pada suku kedua 2020, diikuti 5.8 juta dan 4.3 juta pada suku ketiga dan keempat.

Selain itu, vaksin akan dikeluarkan berdasarkan keutamaan iaitu mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi akan menerimanya lebih awal daripada populasi umum.

Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa usaha akan terus dilakukan untuk mendapatkan lebih banyak vaksin Covid-19 untuk seluruh negara. Menurutnya lagi, dengan kemudahan COVAX dan perjanjian Pfizer, Malaysi kini mempunyai dos untuk 30% penduduk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat