Malaysia Diunjur Capai Status ‘Negara Maju’ Antara Tahun 2020 & 2024 -Bank Dunia

454

Ekonomi Malaysia diunjurkan untuk berkembang pada kadar 4.7% pada tahun 2019 dan 4.6% pada tahun 2020. Dalam masa yang sama Malaysia juga dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2020 – 2024, demikian menurut bank Dunia pada Khamis.

Bagi tahun 2018, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka bergerak sederhana dengan unjuran pertumbuhan 4.9% dipacu oleh pengukuhan dalam pertumbuhan dalam penggunaan sektor swasta.

“Dengan ekonomi yang terbuka, Malaysia akan terus berhadapan dengan risiko besar berkaitan dengan ketidaktentuan global,” kata Bank Dunia dalam laporan ekonomi terbaru mereka.

Bank Dunia menunjukkan volatility (turun-naik) dalam pasaran kewangan sama ada dicetuskan oleh perubahan dasar monetari di negara maju, atau krisis di wilayah yang lain – berkemungkinan memberi kesan kepada pasaran baru membangun termasuk Malaysia berikutan aliran keluar modal dan tekanan terhadap tukaran nilai matawang.

“Risiko utama yang lain adalah ketegangan perdagangan di negara maju yang akan memberi impak kepada Malaysia berikutan tahap tinggi integrasi dalam pasaran global dan juga kebergantungannya terhadap rantaian nilai global sebagai sumber pertumbuhan.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat